Monday, July 04, 2005

Cara elak gigi rosak atau reput

dasani menulis - "CUBA ingat kembali bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi. Enam bulan, setahun atau lebih lima tahun lalu? Mengapa? Mungkin alasannya takut berjumpa doktor gigi dan inilah fenomena tidak sihat yang masih membelenggu masyarakat kita.

Boleh dikatakan hampir setiap orang mengalami kerosakan gigi, tetapi mengenangkan rasa ngilu apabila gigi dibersihkan membuat ramai lebih rela memendamkan masalah dalam mulut sehingga melarat.

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Teo Choo Kum, berkata dua masalah utama melanda masyarakat kita, khususnya di kalangan orang dewasa, iaitu pereputan gigi dan masalah kesihatan gusi.

Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Mengapa kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan orang dewasa yang sepatutnya lebih peka pada kebersihan dan kesihatan mulut mereka? Faktor gaya hidup, kesibukan kerja dan kecuaian menyebabkan mereka menangguhkan temu janji dengan doktor gigi, walaupun ia hanya perlu dilakukan dua kali dalam setahun.

Keadaan sebaliknya berlaku di kalangan pelajar sekolah yang lebih kerap menjalani pemeriksaan gigi oleh jururawat yang datang ke sekolah atau pergi sendiri ke klinik.

Walaupun secara keseluruhan kadar masalah kerosakan gigi menunjukkan pengurangan, tetapi berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak di negara kita antara paling banyak mengalami masalah kesihatan mulut, khususnya pereputan dan kehilangan gigi, serta menjalani rawatan tampalan.

Dr Teo berkata, pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi.

Bakteria dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang tertinggal atau terselit di celah gigi, menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak.

“Jika gigi tidak dibersihkan dengan baik, lapisan bakteria ini akan terus membiak. Apabila kita makan makanan bergula atau berkanji, bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Gusi berdarah

“Simptom kerosakan gigi mudah dikesan, tetapi ramai mengabaikannya. Pada awalnya gigi akan sensitif (rasa ngilu) pada makanan manis, masam dan sejuk, gusi berdarah apabila memberus gigi atau gusi bengkak dan merah.

“Ini adalah tanda-tanda awal gingivitis dan jika tidak mendapatkan rawatan, gigi akan rosak dan reput. Seterusnya, anda juga sensitif terhadap makanan panas dan ini biasanya mula dirasai apabila anda sakit gigi,” katanya.

Plak yang terkumpul akan menjadi keras membentuk kalkulus (tartar). Kalkulus yang melekat pada gusi juga menjadi laluan untuk bakteria menyerang dan merosakkan tulang rahang; yang akhirnya menyebabkan gigi goyang. Pada peringkat serius, gigi boleh tercabut dengan mudah kerana tulang rahang yang sepatutnya menjadi pemegang sudah diserang bakteria.

Penjagaan gigi seharusnya bermula dari kecil, iaitu sebaik anak mula tumbuh gigi (sekitar usia enam bulan). Ketika ini, ibu bapa boleh memupuk tabiat menjaga kesihatan mulut dengan menggosok gigi anak dengan kain lembut selepas menyusu.

Dr Teo berkata, gigi susu yang rosak juga sebaik-baiknya dirawat atau ditampal jika berlubang. Ini bertujuan mengekalkan gigi susu di kedudukan asalnya sebagai panduan kepada laluan gigi kekal supaya ia tumbuh cantik dan teratur.

Antara teknik rawatan gigi yang sering digunakan termasuk tampalan, pengkoronaan (crowning) iaitu gigi palsu dibentuk dan disalut pada gigi reput, brigde atau implan gigi palsu — yang semuanya perlu dijaga seperti gigi asli.

“Penggunaan flos juga penting untuk membersihkan bahagian celah gigi yang sukar dicapai berus. Selain itu, cecair kumur juga mampu membantu mengurangkan masalah kerosakan gigi, selain mengharumkan nafas.

“Pastikan juga gusi anda sentiasa sihat. Gusi yang sihat berwarna merah jambu atau merah samar. Jika gusi bengkak, merah, sakit dan sering berdarah atau ulser yang tidak sembuh selepas dua minggu, anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi. Ia mungkin petanda penyakit lain. Jangan tunggu hingga sakit gigi atau gusi baru hendak jumpa doktor,” katanya.

Gigi rosak bukan saja tidak cantik, tetapi ia sebenarnya memberi gambaran jelas mengenai keprihatinan kita menjaga kebersihan diri. Malah, kerosakan gigi juga secara tidak langsung mampu menjejaskan imej dan keyakinan seseorang.

Jika anda individu yang ‘fobia’ dengan peralatan digunakan doktor gigi, anda sebenarnya tidak bersendirian. Ramai lagi yang ‘fobia’ seperti anda, tetapi jangan biarkan masalah ini berterusan. Bahkan sekarang (bermula 1 April lalu) adalah masa terbaik untuk berjumpa doktor gigi sempena Bulan Kesihatan Mulut yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Sepanjang bulan ini, 352 klinik gigi di seluruh negara menawarkan pemeriksaan gigi percuma, termasuk di pusat beli-belah terkemuka seperti 1-Utama, Petaling Jaya (1-3 April), UDA Ocean, Tampoi, Johor Bahru (8-10 April) dan Sunshine Square, Pulau Pinang (22 hingga 24 April). Senarai klinik yang menyertai kempen ini boleh didapati di akhbar dan untuk keterangan lanjut hubungi talian khas 1-800-833-918 atau layari laman web MDA di www.mda.org.my "

Wednesday, June 29, 2005

Pelajar IKBN cipta mesin kupas kulit tebu

SEBELUM ini, seseorang perlu menggunakan peralatan tajam seperti pisau atau parang untuk mengupas kulit tebu bagi mendapatkan airnya.

Jika tebu dikupas dalam kuantiti banyak, kerja yang dilakukan turut bertambah, malah lebih sukar jika tiada alat bantuan yang boleh memudahkan kerja.

Namun, pengenalan Mesin Mengupas Kulit Tebu oleh sekumpulan penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor, dapat memudahkan lagi kerja.

Konsepnya nampak mudah, iaitu tebu dimasukkan ke dalamnya, kemudian mesin itu akan bergerak untuk mengupas kulit menggunakan mata pemotong yang dicipta khas.

Namun, untuk menciptanya bukan perkara mudah, apatah lagi jika tiada asas atau ilmu pengetahuan mengenainya.

Menurut Mohd Faizal Bajuri, 19, seorang ahli kumpulan yang berjaya merekacipta teknologi berkenaan, mesin mengupas itu menggunakan struktur besi dan aluminium sebagai kerangka utama.

Katanya, mesin itu turut menggunakan rantai yang digerakkan melalui sistem bermotor untuk membolehkannya berfungsi.

“Untuk memotong, tebu dimasukkan ke tempat khas yang dipanggil tapak. Bagi prototaip ini, hanya dua batang boleh dimasukkan.

“Untuk menggerakkannya pula, pengendali hanya perlu menekan butang dan kemudian memusing tebu supaya semua kulitnya dapat dikupas dengan baik,” katanya ketika ditemui sempena Ekspo Reka Cipta dan Inovasi IKBN 2004, baru-baru ini.

Mohd Faizal berkata, empat mata pemotong diwujudkan di dalam bingkai yang disambungkan dengan besi atau kerangka utama.

Katanya, mata pemotong itu boleh ditambah mengikut kesesuaian atau saiz dan ditukar jika tidak boleh digunakan lagi seperti tumpul.

“Teknologi mesin ini mudah, pengendalinya hanya perlu mengawal pergerakan tebu. Ia menggunakan tenaga elektrik dan juga bateri untuk berfungsi.

“Empat mata pemotong akan berfungsi serentak, di mana dua memotong di bahagian depan, manakala dua di belakang,” katanya.

Beliau berkata, untuk mengawal kelajuan pergerakan mesin itu, pengendali hanya perlu menekan suis disediakan, begitu juga jika berlaku kecemasan, suis berkenaan boleh memberhentikan segala pergerakan mesin itu.

Selain Mohd Faizal, turut sama membangunkan teknologi berkenaan ialah Mohd Yusri Ngarchi, 22, Mohd Fairul Azman Sulaiman, 19, dan Shukur Ramli, 20. Mereka adalah penuntut Kursus Mekanik Kenderaan Perdagangan.

Selain mudah dan ringkas, mesin itu boleh dibawa ke mana saja kerana ia dilengkapi sistem roda serta saiz kecil mengikut keperluan.

Teknologi yang dibangunkan penuntut IKBN menempa dimensi baru dalam dunia reka cipta dan ia dipercayai yang pertama seumpamanya dicipta di negara ini.

Mengulas mengenai idea mencipta teknologi itu, Mohd Faizal berkata, semuanya bermula apabila mereka mengumpul buah fikiran untuk menghasilkan prototaip yang masih tiada di pasaran mahupun mana-mana rekaan sebelum ini.

“Ketika pengumuman kami perlu merekacipta sesuatu dalam ekspo kali ini, saya bersama rakan lain dan tenaga pengajar duduk berbincang dan mengetengahkan pelbagai idea sehingga terhasilnya teknologi ini.

“Walaupun nampak mudah, ia sebenarnya sukar dicipta. Kami mengambil masa dua bulan setengah untuk memastikan ia menjadi kenyataan,” katanya.

Mohd Faizal berkata, pada masa depan, mereka bercadang meningkatkan keupayaan teknologi berkenaan, terutama kelajuan dan keupayaannya memotong dengan lebih lancar.

KETUMPATAN BOTOL

Apa yang diperlukan:

1. Botol kosong

2. Minyak

3. Air

4. Madu

Apa yang perlu dilakukan:

1. Penuhkan botol dengan air, minyak dan madu dengan ukuran suku untuk setiap bahan sehingga penuh. Tutup botol dengan rapat.

2. Selepas itu, terbalikkan atau tunggang botol ke bawah dan perhatikan apa berlaku antara minyak, madu dan air.

Penerangan:

Apabila botol diterbalikkan ke bawah, didapati air ada pada bahagian atas botol. Kemudian dengan cepat, air berkenaan akan bergerak ke bawah dan minyak pula akan naik ke atas.

Dalam sesebuah takungan seperti kolam, gas sentiasa ada di bahagian atas, sementara minyak di bawahnya. Air pula ada di bawah lapisan minyak. Ini kerana, setiap bahan itu mempunyai perbezaan ketumpatan.

Sumber: Laman web: http://www.petronas.com.my

Saturday, June 18, 2005

New centre to nurture technopreneurs

BY SHOM TEOH

CYBERJAYA: THE value of a good IT infrastructure lies not in how much it costs but in what it can do to influence the culture of its users, according to computer hardware giant Sun Microsystems Inc.

John Gage, the company’s chief researcher, said that merely investing in hardware and software products will not be sufficient to transform a society into an innovative and entrepreneurial one.

That is why there are high hopes for the country’s newly-built Java Technopreneur Development Centre in Cyberjaya. “It is a place that will encourage technopreneurial activities and build a culture for a knowledge-based economy,” Gage said.

He was speaking at the launch of the centre last week. It was jointly developed by the Multimedia Development Corporation (MDC) and Multimedia University (MMU).

The RM1mil development centre is part of an ecological system aimed at nurturing entrepreneurial talents, Gage said.

The centre provides infrastructure support, Java training, and business development guidance to promising technopreneurs utilising Java-based technology. It will focus on key technology areas such as embedded systems, intelligent systems, wireless and mobility and advanced software.

“Java is a great tool for technopreneurs to develop secure, robust and useful applications, which will help improve people’s lives all over the world,” Gage said.

The 2,700sq ft centre is located at MDC’s Central Incubator-Accelerator Centre inside MMU’s Cyberjaya campus.

Cheam Tat Inn, managing director of Sun Microsystems Malaysia, said the centre will serve as a platform to promote collaboration between local and international enterprises.

MMU president Prof Dr Ghauth Jasmon said locating the centre close to the campus would certainly benefit students, as the university was “fully committed to the teaching of Java in our engineering and IT courses.”

Undergraduates from other disciplines could also be roped in to work on a part-time basis at the centre, allowing them to gain valuable practical experience in the process, he said.

MDC vice-president Dr Wilson Tay said many final year students have commercially viable ideas for their final-year projects. “With mentoring, they can translate their ideas into reality,” he said.

British Agency Warns of Asian E-Mail Hacker Attacks on Vital Networks

By JANE WARDELL
The Associated Press

LONDON Jun 16, 2005 — A well-organized group of hackers has engaged in an "industrial scale" attack designed to cull commercially and economically valuable data from vital computer networks across Britain, the government warned Thursday.

In one of its most high-profile warnings about sophisticated electronic attacks, the normally secretive National Infrastructure Security Coordination Center said hackers believed to be from Asia have targeted parts of the country's "critical national infrastructure."

The attacks have been going on for several months and have involved the communications, energy, finance, health, government and transport sectors, the NISCC said. Most of the attacks have been against central government computer systems, though companies and individuals are also at risk, the agency warned.

"We have never seen anything like this in terms of the industrial scale of this series of attacks," NISCC Director Roger Cumming said. "This is not a few hackers sitting in their bedroom trying to steal bank account details from individuals."

Determining the origin of the attacks was extremely difficult, the NISCC said. The agency said it had traced the attacks back to "the Far East" by analyzing the numeric Internet addresses stamped within e-mails.

Those addresses, however, can sometimes be faked, and e-mail sent from elsewhere might have been rerouted through Asian computers.

A spokesman for Britain's Home Office, which oversees the NISCC, said the agency was talking to authorities in a number of countries to investigate further, and the government believed it was inappropriate to comment further while that process was continuing.

"We are not aware of any loss of information," the spokesman said on customary condition of anonymity. "We can't be certain of that. That's part of the reason we are broadening our sphere of advice. We recognize we need some feedback to see how big this is."

The NISCC said attackers generally gained access to systems by sending e-mail to individuals who have jobs working with sensitive data.

Image hosted by Photobucket.com

The assembly of the world's largest aircraft, the Airbus A380, has begun at a £240m factory in Toulouse, France.

The 555-seater super airliner is expected to revolutionise the airline industry and could lead to a doubling in Airbus' profits, some experts say.

Fittingly for a huge plane, the factory itself is very big: 490 metres long, 250 metres wide and 46 metres tall.

The first flight of an A380 will take place in 2005 and by 2008 production should reach four aircraft per month.

Sections of the aircraft have been manufactured in the UK, Germany, Spain and France before being transported to Toulouse for assembly.

Airbus has already secured 129 orders for the double-decker aircraft from 11 airlines, including Qantas, Lufthansa, Air France and Virgin Atlantic.
Among other airlines that are considering placing orders are at least one US, one Chinese and one Japanese carrier.

Two or three other Asian airlines may also buy the aircraft, according to chief executive Noel Forgeard.

The A380 has wider seats, more legroom and 50% more floor space than its nearest competitor, the Boeing 747 jumbo jet.

It also has a 9,000 miles flight range.

Boeing, which in 2001 pulled out of the race to build the world's biggest airliner, says the market for very large aircraft is much smaller than Airbus thinks.

Instead, Boeing has decided to target the middle of the aircraft market where it thinks growth will come in the future.

Its 7E7 Dreamliner was launched in April.

The aircraft, Boeing's first new civilian airliner for more than 10 years, will be considerably smaller than the A380.

Boeing says it is designed with fuel and cost efficiency in mind and many more airports will be able to handle it than the A380.

A380 SPECIFICATION
Length: 73m
Wingspan: 79.8m
Height: 24.1m
Typical capacity: 555
Max capacity: 840
Engines: 4
Cruising speed: 0.85 mach

Astronomers: Earth's 'bigger cousin' detected

By Michael Schirber
SPACE.com

Astronomers announced Monday the discovery of the smallest planet so far found outside of our solar system.

About seven-and-a-half times as massive as Earth, and about twice as wide, this new extrasolar planet may be the first rocky world ever found orbiting a star similar to our own.

"This is the smallest extrasolar planet yet detected and the first of a new class of rocky terrestrial planets," said team member Paul Butler of the Carnegie Institution of Washington. "It's like Earth's bigger cousin."

Currently around 150 extrasolar planets are known, and the number continues to grow. But most of these far-off worlds are large gas giants like Jupiter. Only recently have astronomers started detecting smaller massed objects

"We keep pushing the limits of what we can detect, and we're getting closer and closer to finding Earths," said team member Steven Vogt from the University of California, Santa Cruz.

The discovery of Earth's distant cousin was announced Monday at a press conference at the National Science Foundation in Arlington, Virginia.

The new planet orbits Gliese 876, an M dwarf star 15 light years away in the constellation Aquarius. The "super-Earth" is not alone: there are two other planets -- both Jupiter-sized -- in the same system. This third world was detected by a tiny extra wobble that it caused in the central star.

From this wobble, the researchers measured a minimum mass for the new planet of 5.9 Earth masses. The planet orbits makes a full orbit in a speedy 1.94 days, implying a distance to the central star of 2 million miles -- or about 2 percent of the distance between the Earth and the Sun.

Orbiting so close to its star, scientists speculate that the planet's temperature is a toasty 400 to 750 degrees Fahrenheit (200 to 400 degrees Celsius). This is likely too hot for the planet to retain much gas, like Jupiter does. Therefore, the planet must be mostly solid.

"The planet's mass could easily hold onto an atmosphere," said Gregory Laughlin from UC Santa Cruz. "It would still be considered a rocky planet, probably with an iron core and a silicon mantle. It could even have a dense steamy water layer."

A paper detailing these results has been submitted to The Astrophysical Journal.

Malaysia lemah atasi spam

MALAYSIA menjadi contoh negara ‘lemah’ dalam memastikan kekebalan sekuriti internetnya apabila dikenal pasti sebagai antara negara membangun yang gagal mengatasi serangan spam oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan keadaan ini dilihat sebagai satu ancaman yang mampu melebarkan keadaan jurang digital dunia.

OECD meletakkan Malaysia selain Nepal dan Nigeria sebagai negara contoh yang teruk dilanda spam berdasarkan kelembapan dalam perkembangan jalur lebar, kurang kepakaran teknikal dan sumber kewangan dalam memerangi e-mel sampah itu secara berkesan.

Mengikut laporan OECD itu, akibatnya pengguna web di negara berkenaan menanggung lebih gangguan selain kurang keupayaan dalam keseluruhan perkhidmatan internet berbanding pengguna di negara membangun lain.

Laporan daripada kumpulan pemikir ekonomi antarabangsa berpejabat di Paris itu menyatakan spam kini menjadi isu paling serius di negara membangun memandangkan mereka berhadapan dengan kekurangan sumber termasuk kewangan.

Laporan yang dihasilkan oleh penasihat OECD, Suresh Ramasubramaniam, menegaskan ramai spammer sudah membangunkan ‘kedai’ mereka di negara kurang membangun memandangkan pihak ber-kuasa dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Amerika Syarikat dan Eropah sentiasa menjejaki mereka.

OECD menggariskan beberapa panduan bagi menjernihkan keadaan spam di negara membangun ini yang mana antaranya menyarankan ISP membuat pelaburan dalam teknologi penapisan spam atau memanfaatkan penapisan pihak ketiga selain mengadaptasikan polisi anti spam yang mantap.

ISP di seluruh dunia juga diminta menjalin kerjasama di antara mereka serta saling bantu membantu dalam membanteras kegiatan spam ini.

Selain itu, OECD juga menyarankan negara berkenaan membangunkan kumpulan tindakan kecemasan komputer bagi mengendalikan tugasan dalam kejadian serangan besar siber.

Maxis, Bridge jalin kerjasama perayauan antarabangsa

LEBIH 60 juta pengguna telefon bimbit boleh terus menikmati perkhidmatan yang sama walaupun berada di luar negara masing-masing, apabila persekutuan mudah alih terbesar Asia Pasifik, Bridge Mobile Alliance menjalinkan kerja sama strategik dengan Maxis Communications Berhad (Maxis) melancarkan suit perkhidmatan mudah alih serantau.

Perkhidmatan itu ialah Perayauan Bridge, Prabayar Bridge, Enterpris Bridge dan Bridge Concierge melangkaui lapan negara serta jajahan di bawah rangkaian ahli persekutuan terbabit.

Bridge Mobile Alliance yang ditubuhkan pada November 2004 terdiri daripada tujuh penyedia perkhidmatan termasuk Airtel (India), Globe Telecom (Filipina), Maxis (Malaysia), SingTel Mobile (Singapura), SingTel Optus (Australia), Taiwan Mobile (Taiwan) dan Telekomsel (Indonesia).

Ketua Pegawai Operasi Maxis, Edward Ying, berkata, dengan perkhidmatan Bridge, pelanggan Maxis boleh menikmati perkhidmatan yang sama kelasnya di Malaysia walaupun ketika itu mereka berada di luar negara.

“Pelanggan mendapat manfaat perayauan antarabangsa bersama dengan perkhidmatan yang biasa digunakan di dalam negara seperti mel suara, khidmat pelanggan Maxis dan sebagainya menerusi kod nombor pendek yang sama iaitu 121 dan 123 di mana saja di antara negara ahli persekutuan Bridge,” katanya.

Ying berkata, untuk menyediakan perkhidmatan perayauan yang licin, Perayauan Bridge akan mereplikakan perkhidmatan yang biasa diperoleh di Malaysia ke negara ahli Bridge yang mereka lawati, termasuklah penyambungan GPRS untuk capaian internet atau MMS.

Prabayar Bridge pula mengelakkan kebimbangan pengguna kehabisan kredit kerana mereka masih boleh menambah nilai kredit di mana saja mengikut nilai mata wang Malaysia manakala Bridge Concierge adalah untuk perkhidmatan pelanggan.

Latihan perang siber uji pertahanan rangkaian komputer AS

AGENSI Perisikan Pusat (CIA) secara rahsia mengadakan latihan peperangan siber selama tiga hari yang diberi nama Silent Horizon sebagai medan untuk menguji sistem pertahanan rangkaian komputer Amerika Syarikat (AS) daripada pengganas siber.

Latihan itu bertujuan menguji kemampuan kerajaan dan industri untuk menangkis serangan siber yang dijangka dilancarkan oleh pengganas siber atau negara yang bersengketa dengan AS.

Latihan itu dijalankan di Charlottes-ville, Va, kira-kira dua jam perjalanan dari Washington. Simulasi peperangan itu dibahagikan kepada dua pihak iaitu AS yang bertahan dan anti-Amerika sebagai pihak yang menyerang.

Kerosakan serius dijangka dapat diketahui selepas habis simulasi berkenaan dan penilaian dijalankan oleh pihak CIA. Simulasi berkenaan dijalankan AS kerana ia tidak mahu tragedi 11 September 2001 berulang atau serangan mengejut pihak Jepun terhadap Pearl Harbour, Hawaii pada perang Dunia Kedua.

Pusat Operasi Maklumat CIA bertanggungjawab terhadap penilaian ancaman serangan siber daripada kerajaan asing, organisasi jenayah dan penceroboh sistem rangkaian komputer.

Berdasarkan penilaian perisikan, kerajaan Amerika Syarikat menjangka serangan siber akan menjadi sebahagian daripada senjata pihak pengganas untuk menyerang negara berkenaan namun senjata konvensional seperti biologi dan kimia akan terus digunakan.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri juga mengadakan simulasi perang siber yang dikenali sebagai Livewire untuk menilai tahap kesediaan AS mengesan peringkat awal serangan berkenaan.

Apple guna cip Intel

LANGKAH Apple Computer Inc (Apple) untuk menggunakan cip Intel adalah satu perkembangan hebat dalam industri teknologi maklumat (IT), khususnya yang membabitkan komputer peribadi (PC) berasaskan sistem operasi Mac.

Pengurus Perhubungan Awam Intel Malaysia, Norhizam Kadir, berkata langkah itu adalah satu khabar gembira kepada syarikat pengeluar cip utama dunia dan perkembangan masa depan mengenainya amat dinantikan.

“Intel gembira Apple memilih cipnya untuk perkembangan produknya dan sebarang perkembangan untuk menentukan kejayaan usaha sama ini terpaksa menunggu perancangan lanjut mengenai keputusan hala tuju syarikat itu nanti,” katanya kepada media apabila ditanya mengenai Apple menggunakan cip Intel, di Subang minggu lepas.

Usaha Apple memilih Intel dijangka mampu membantunya bersaing dengan Windows PC dari segi keupayaan dan khususnya harga.

Pergerakan ini menyaksikan Apple meninggalkan pemproses dikenali dengan PowerPC yang ketika itu dikatakan lebih berkuasa. Ia dibangunkan bersama IBM Corp dan Motorola Inc (Freescale Semiconductor Inc) pada 1990an yang dihasilkan untuk bersaing dengan arkitektur x86 Intel.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs, mengakui perubahan ini bukannya mudah dan tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, Mac berasaskan cip Intel pertama tidak akan dikeluarkan sehingga tahun depan dan produk lengkap untuk menggunakan Intel dijangka tahun berikutnya.

“Usaha berbuat demikian dipacu oleh kenyataan bahawa pembekal cip masa kini iaitu IBM dan Freescale Semiconductor tidak dapat memenuhi janji kuasa dan keberkesanan seperti cip Intel,” katanya.

Jaring pacu penggunaan teknologi VoIP

PENGGUNAAN teknologi suara melalui protokol internet (VoIP) di negara ini akan mencatat perkembangan pesat apabila penyedia perkhidmatan internet (ISP) unggul negara, Jaring, merintis jalan memacukan teknologi itu secara bekerjasama dengan Linksys.

Dengan kerjasama ini, Jaring akan menawarkan perkhidmatan VoIP untuk pengguna melalui Linksys Phone Adapter 2 Phone Ports (PAP2) apabila pengguna melanggan perkhidmatan baru MY015 Phone Jaring.

Inisiatif ini dilihat berupaya memacukan penggunaan sistem rangkaian rumah selain memenuhi pasaran komunikasi jalur lebar.

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna menikmati penjimatan kos dan panggilan berkualiti melalui sambungan internet jalur lebar.

Linksys PAP2 menukar panggilan telefon analog ke dalam paket digital melalui internet yang serasi dengan sambungan kabel atau internet berkelajuan tinggi DSL.

Produk ini mempunyai konfigurasi berasaskan web melalui sistem pelayan web sedia bina dengan menawarkan perkhidmatan suara jelas dan berkualiti tinggi.

Sesuai dengan era masa kini yang mana jalur lebar di rumah dan pejabat kecil digunakan untuk pelbagai aplikasi termasuk melayari web, menghantar e-mel, bermain permainan web dan mendengar muzik.

New drug offers hope against TB

Volunteers have begun receiving an experimental tuberculosis drug that developers hope will turn the tide against the disease, which kills 2 million people each year.

The experimental therapy is the product of a consortium of non-profit organisations, US government agencies and two drug makers who have come together to beat a disease that disproportionately afflicts people in developing countries.

Led by the New York-based Global Alliance for TB Drug Development, the group announced on Tuesday that it has begun testing 53 healthy volunteers at a clinic in Lincoln, Nebraska, to determine whether the drug is safe.

Researchers hope to have the drug approved for mass distribution within six years, said Dr Mel Spigelman, head of the alliance's research and development.

Antibiotics can cure tuberculosis, but treatment involves a regimen of up to four drugs administered for six months.

Resistant strains

Many strains of tuberculosis have become resistant to current drugs.

"It has the promise to be active against these bugs that are resistant"

Dr Mel Spigelman, head of Global Alliance's R&D

The experimental drug, dubbed PA-824, is owned by the biotechnology company Chiron Corporation.

Chiron sold rights to the drug for a "modest fee" to Global Alliance in 2002 and agreed to allow the non-profit alliance to distribute it for free in developing countries.

Chiron retains commercial rights to the drug in developed countries.